Senin, 07 Maret 2011

tembakau


Tumbuhan herba semusim yang ditanam untuk mendapatkan daunnya. Tumbuhan ini termasuk dalam famili Solanaceae. Daun-daunnya digunakan untuk membuat rokok dan cerut. 

Ia boleh tumbuh dalam keadaan iklim yang berlainan. Suhu yang panas dan lembap dengan hujan sepanjang masa, semasa sedang tumbuh adalah bersesuaian. Di masa menuai pula, musim kering adalah perlu supaya daun-daun yang bermutu boleh didapati. Pemilihan jenis baja amatlah penting bagi tanaman tembakau. Daun-daun tembakau yang bermutu hanya boleh dihasilkan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Jenis yang sama jikalau ditanam di kawasan yang mempunyai tanah yang berlainan boleh menghasilkan mutu daun yang rendah.

Tanah liat yang padat serta subur boleh menghasilkan daun-daun tembakau yang lebar saiznya. Ia lebih tebal dan kasar serta sesuai untuk membuat cerut dan tembakau paip. Tetapi tanah peroi serta berhumas pula boleh menghasilkan daun-daun bersaiz kecil serta lembut dan sesuai untuk membuat tembakau rokok. Pokok-pokok tembakau subur boleh hidup dengan ketinggian sehingga 2m. serta kelebaran daun 30sm. - 40sm. lebar dan 50sm. panjang.

Daunnnya mestilah berwarna perang muda atau kuning keemasan dan mempunyai bau wangi, rasa sedap serta dapat mengeluarkan asap berasid. Daun sedemikian rupa perlu mengandungi banyak karbohidrat dan sedikit amida. Dengan menggunakan baja yang mengandungi sedikit nitrogen, banyak fosfat dan kalsium. Sebaliknya daun-daun yang digunakan untuk membuat tembakau cerut mestilah mempunyai warna perang tua, mengeluarkan asap beralkali dan mempunyai urat-urat daun yang halus.   

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

MAHONI( Swietenia Macrophilla. King)

Kayu mahoni, yang memiliki nama ilmiah  Swietenia Macrophylla(King) , tumbuh subur di daerah tropis di Amerika latin dan Asia terutama di In...